Ayo Berubah

                                           

Tips Menjadi Anak Soleh…

1. Membuat sesuatu yang sepatutnya kita kerjakan tanpa perlu disuruh atau diarah oleh kedua orang tua kita.

2. Jangan membantah di atas segala arahan atau suruhan kedua orang tua kita.

3. Sentiasa mendoakan keampu-nan dan kesejahteraan untuk kedua orang tua kita terutama sesudah solat.

4. Amalkan budaya salam dan mencium tangan kedua orang tua sewaktu hendak keluar atau masuk ke dalam rumah.

5. Memohon maaf kepada kedua orang tua setelah kita melakukan sesuatu kesalahan atau kesilapan.

6. Mengucap salam dan memohon ampun kepada kedua orang tua sebelum kita tidur saat malam hari.

7. Tunduk dan bersopan santun sebagai tanda hormat apabila berjalan di hadapan kedua orang tua.

8. Bercakap dengan lemah lembut, tidak berkata kasar serta tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan kedua orang tua.

9. Sewaktu makan, biarlah kedua orang tua kita yang menjamah makanan terlebih dahulu.

10. Jangan selalu meminta-minta kepada kedua orang tua terutama sekali sesuatu perkara atau benda yang tidak perlu ataupun yang tidak munasabah.

11. Senantiasa redha, bersyukur dan menerima dengan hati yang terbuka terhadap setiap pemberian kepada kedua orang tua.

12. Belajar dengan tekun dan ber-sungguh-sungguh seterusnya berjaya dalam pelajaran sebagai suatu hadiah istimewa untuk kedua orang tua kita tersayang.

13. Sentiasa bersikap jujur dan tidak bercakap bohong dengan kedua orang tua kita dalam setiap perkara walaupun kita yang bersalah.

14. Sentiasa membiasakan lidah kita untuk mengucapkan ‘terima kasih’ di atas segala pemberian dan nasihat kedua orang tua kita.

15. Sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati kedua orang tua kita dengan perkataan, perbuatan maupun sikap kita.

16. Sentiasa patuh kepada perintah Allah S.W.T dengan tidak meninggalkan solat, kerana anak yang soleh juga merupakan anak yang taat pada perintah Allah S.W.T.

          # tips-tips di atas ini telah di berikan kepada ana oleh Imam Muda Taufek, moga kita dapat manfaat daripada tips yang beliau berikan. Wallahualam…
(disadur dari blog Ibnu Razak)                   
                                   
                         Source; https://kholik72.wordpress.com/2011/11/19/tips-menjadi-anak-soleh/
                                                                         
                 

Komentar

Postingan Populer